Mendaki ke Puncak Bukit Kinabutan / Bukit Tinagat Tawau Sabah

8 October 2016 

Bukit Kinabutan atau dikenali sebagai Bukit Tinagat yang terletak di Tawau, Sabah antara bukit yang tertinggi di Tawau, bukit agak curam dan terdapat aliran air yang mengalir sepanjang perjalanan trek. 

Kami bergerak sekitar pukul 8.00am dan singgah sarapan di salah sebuah restoran di Hotspring. Untuk sarapan di syorkan amalkan makan dua biji telur direbus separuh masak (kawan syorkan) untuk tenaga sepanjang pendakian nanti. Tapi ikut selera jugalah. Kemudian kami singgah seven eleven untuk beli barang keperluan seperti minuman dan makanan bekal untuk mendaki nanti.

Untuk pergi ke Bukit, anda perlu masuk ke simpang Kau Seng. Lupa pula gambar signboard. Ada U turn di batu 6, U turn tu betul-betul berada d hadapan simpang Kau Seng. Apabila masuk ke simpang, anda perlu alert dengan lorong yang hendak di masuk. Ada dua laluan untuk pergi ke bukit, iaitu lorong 7 dan lorong 10. Kami ambil laluan lorong 10.

Pernah pergi bukit ni ikut rombongan sekolah suatu ketika dulu pada tahun 2008, tapi malangnya aku xingat langsung laluan masuk untuk naik ke bukit.

Laluan utama pendakian dari lorong 10

Ini merupakan laluan masuk ke bukit dari lorong 10. Bukit macam bentuk bukit Bohey Dulang pun ada hahaha. Semasa kami pergi kawasan rumah orang yang tinggal di Situ tidak dibenarkan sudah untuk parking tapi kalau minta kebenaran baik-baik insyaAllah dibenarkan juga tu.

Muka excited!

Kami mulakan pendakian sekitar pukul 9.00am malangnya kami salah arah hahaha. Yealah kami bertiga semua xtahu jalan hanya berpandukan blog orang hahaha. Dalam setengah jam kami sesat haha terpaksa google and contact sesiapa yang boleh dihubungi untuk bertanya melalui hashtag #bukitkinabutan #bukittinagat.

Salah arah dan turun semula dari bukit


Bila berdiri menghadap bukit, di sebelah kanan terdapat sebuah rumah ladang cina dan disebelah kiri pula tempat simpan jentera berat seperti lori dan traktor. Dari sini kami terus berjalan dan menemui dua jalan iaitu jalan terus dan jalan belok ke kiri, kami masuk jalan ke kiri dan di sinilah perjalanan kami terhenti. Selesai mendapatkan bantuan kami turun semula dari bukit dan kembali kejalan yang memisahkan simpang terus dan simpang belok kekiri.

Rupanya untuk naik bukit kita perlu lalu laluan terus sahaja, kita perlu masuk kedalam ladang kelapa sawit sehingga jumpa batu-batu besar dari sini anda boleh mula mendaki bukit kerana ada bekas laluan naik bukit yang boleh kita jejak.

Kawasan bukit ketika ini agak lembab disebabkan cuaca kemarin agak mendung dan hujan lebat. Pada mulanya pendakian agak mudah sebab laluan yang agak biasa dan hanya perlu berpaut pada ranting-ranting pokok. Tapi berhati-hati banyak pokok berduri dikawasan bukit ni, so pastikan sebelum bepaut pada dahan tengok dahulu dahan yang hendak dipegang.

Kawasan saliran air

Separuh perjalanan dari bukit kami menemui kawasan batu berair, dari sini jejak tanah yang patut kita jadikan tunjuk arah sudah tiada sebab kawasan berbatu. Jangan panik, apa yang perlu anda lakukan hanya perlu ikut saluran air tu sahaja sebab air tidak akan mengalir jika bukan dari tempat yang tinggikan (puncak) jadi teruskan sahaja perjalanan. Bila hujan lebat kawasan Ini akan kelihatan seperti air terjun.

ku berlari ke hutan teriakku hahahaha! AADC

Kami perlu lalui kawasan batu berair dalam beberapa minit, kawasan agak licin dan perlukan bantuan kawan lain untuk berpaut. 

Indahnya ciptaan Tuhan (Subahanallah)

Disepanjang laluan bukit yang curam terdapat tali untuk berpaut. Tali ini mungkin dari pengunjung yang berkunjung sebelum ini. Tali hanya terdapat dikawasan tertentu sahaja. 

Tali untuk berpaut

Sepanjang laluan juga terdapat tunjuk arah yang perlu kita lalui, thanks a lot lah untuk mereka yang buat tunjuk arah tu. Mudah sikit untuk kesan laluan yang perlu dilalui.

Kawasan yang tiada jejak tetapi ada petunjuk anak panah

Hampir setengah sejam mendaki kami berehat, terjumpa pengunjung lain. Masa kami pergi bersamaan dengan Hari Sukan Negara 2016. Pengunjung kurang dan boleh dihitung menggunakan jari. 

Sempat bercerita dengan makcik-makcik dan seorang lelaki (anak seorang makcik tu). Yang xbestnya makcik ni xsepatutnya di ajak bercerita hahaha!. Sebab jenis yang suka kasih "Down" orang. Adakah patut dia cakap macam ni

"Xpayah Lah kamu naik, jauh lagi ni. Kamu baru separuh jalan ni. Ada perempuan lagi diatas. Pastu ada Om lagi. Kalau cuaca gelap turun jak ya". Katanyalah apalagi aku dan kawan lain hanya mampu senyum sini dan membebel Hahahaha. Orang jenis begini ganggu emosi sebab dia mainkan perasaan kita yang tengah emosi mau sampai puncak!. 

Memang betul lah perjalanan kami baru separuh dari bukit. Terpaksa cekalkan diri dan perlu tenaga yang lebih sebab perlu tarik kawan yang sudah tidak larat untuk naik. Serious sangat curam ok!!!

Rubble challenge 

Ini petanda "WELCOME!! Anda sedang menuju ke puncak!!" Excited oi!! Hahaha nah gambar di atas puncak.


sekitar atas puncak Bukit Kinabutan /Tinagat Tawau (:

Sampai setakat itu sahajalah perkongsian saya pada kali ini. Saya harap dapat membantu anda serba sedikit yang hendak mendaki bukit ini. Yeaaaaay!!! Kami berjaya!!!

Short list tunjuk arah

• Masuk simpang Kau Seng
• Masuk Lorong 10
• Terus masuk kawasan ladang hingga jumpa batu-batu.
• Boleh mudahkan pendakian.

Selamat maju Jaya gais!!!!!! Bila lagi jooo kalau bukan sekarang (:

Ulasan

Catatan Popular