Pramugari
"Kerjaya apa yang paling anda impikan?"
Dari dulu lagi aku minat sangat nak jadi pramugari. Tapi apa yang buat aku kurang yakin adalah parut muka di wajah.
Tapi sebenarnya untuk jadi pramugari parut tu sebenarnya tidak payah risaupun sebab aku tengok ramai lagi pramugari yang berparut di muka layak juga jadi pramugari.
Sebab terlalu minat aku pergilah interview MAS di salah sebuah hotel di Kota Kinabalu, sanggup tempuhi perjalanan 6 jam dari Tawau ke Kota Kinabalu. Aku sedia maklum temu duga untuk jadi pramugari terbuka untuk MAS dan Air Asia pada keesokan harinya.
Aku sanggul kemas-kemas rambut aku (masa tu aku free hair), makeup muka agar nampak bermaya, pakai baju kebaya hitam dan berselipar fliplop lol (orang pergi interview guna kasut bertutup okey). Lucu juga aku rasa, sampai sahaja di hotel tu ramai wanita cantik-cantik menunggu turn untuk di temuduga. Aku jadi nervous, ada juga jumpa exclassmate tunggu turn interview juga. Aku dapat rasa kawanku tu dapat sebab dia pernah jadi cabin crew di Air Asia.
Ini kawan aku, tapi bukan dia ni yang pergi interview, ini aku just bagi tunjuk aku tempoh hari macam mana. Tiba lah turn ku untuk timbang berat badan dan ukur ketinggian. 158cm kira ideal sudah untuk jadi cabin crew syukur aku pass. Tinggi kurang 1cm pun reject ya. Timbang berat ok pass, lupa berapa berat ideal pula. Masa tu aku happy sangat-sangat sebab ramai yang tidak lepas tahap pertama ni.
Tunggu lagi stage seterusnya, aku dan yang lain diarahkan naik Ke tingkat 4 hotel untuk sesi interview seterusnya. Di situ aku jumpa lagi exclassmate ku baru sahaja selesai interview stage kedua. Dari raut wajahnya aku tahu dia happy dan penuh yakin. Dalam masa yang sama aku ternampak juniorku dia memang cantik, tekun dia membaca untuk preparation stage ke-3. Untunglah berjaya dia hmm..
Sebelah aku pula ada seorang gadis India, sebenarnya dia mix kadazan dan india tapi wajah lebih kepada india. Dia peramah, dari awal dia tegur semua panel dengan ceria. Dalam hati terdetik "dia mesti dapat". Hampir setengah jam aku tunggu giliran dan ia pun tiba
Nervous..
Panel ada 3 orang, dan candidate dalam satu bilik tidak silap ada 4 orang. Aku orang ketiga
"Introduce your self"
Bla bla bla aku jawab dengan yakin
Aku tak pasti kenapa tiba-tiba panel tu tanya soalan
"Jika kamu tidak direstui untuk jadi seorang pramugari bagaimana cara kamu yakinkan keluarga kamu?"
Ya Allah sudahlah kena jawab dalam BI kena spontan dalam masa yang sama pula. Habis aku tergagap untuk jawab soalan tu, sudahlah memang kakak-kakakku tidak suka tetapi mak dan ayah okey jak. Aku tergagap-gagap dan dari situ aku dapat rasa "I'm rejected". Habis sahaja sesi interview aku rasa down sangat dan redha sebab aku tahu aku tidak akan jumpa stage seterusnya.
Sedih dan hampa bila aku dapat keputusan aku gagal, rasa hujan lebat jak dalam diri ni. Bukan rezeki.
Keesokan harinya interview Air Asia pula, aku pergi juga di temani seorang kawan. Tapi aku tidak bawa mini skirt sebab aku focus untuk interview MAS sahaja. Kalau boleh aku tidak mahu guna mini skirt. Lama kami berdiri di airport tiada seorang pun candidate pakai seluar panjang untuk hadiri interview. Ya aku tahu memang dalam detail kena pakai mini skirt untuk interview, tapi aku memang tiada skirt masa tu. Sehingga kawan ku sanggup carikan skirt untuk aku tapi aku larang.
At the end aku hanya pulang dengan hati yang kehampaan. Kalaulah aku tinggal Kota Kinabalu memang tiap kali interview aku pergi, tapi sayang jarak itu membataskan aku untuk pergi. Aku dapat tahu interview MAS sudah keluar junior dan Indian girl dapat tahniah buat mereka, exclassmate ku tidak dapat.
Sekarang aku impikan sangat dapat pergi interview Cabin Crew Saudi Arabia sebab itulah peluang untuk mereka yang berhijab jadi pramugari. Tapi jarang Ada, kalau adapun di Kuala Lumpur 😔
Sis cuba untuk move on..
Sama lh sis, harap ada open cabin crew saudi airline utk 2019 ni huhu
BalasPadam