Part I - Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan (Semporna Sabah)



Assalamualaikum.

Sebelum ini saya sangat berkeinginan untuk pergi ke beberapa buah pulau yang terdapat di Sabah. Sebab sangat berkeinginan saya pun carilah inisiatif untuk mengetahui cara pergi kesana. Untuk yang pertama kalinya saya pergi ke Pulau Bohey dan Pulau Sibuan. Untuk trip ini saya pergi bersama dengan rakan-rakan sekerja.

Kos: Satu boat = RM350 + RM50 (Guider untuk daki bukit)

Untuk trip ini kami pergi dalam 12 orang memandangkan satu boat maximum untuk 12 orang. Semakin ramai pergi, semakin murahlah kos yang perlu kita bayar. (12 Orang bahagi RM400 baru RM33) murah kan!!! Kalau awak kata mahal tak tahulah hahahaha..

Perjalanan dari Tawau ke Semporna memakan masa lebih kurang sejam setengah bergantung dengan pemanduanlah. Setibanya di sana, kami terus ke Jeti Utama di sempora. Mana-mana kita nak pergi pulau bahagian semporna memang kena lalu jeti ni tak kiralah ke Pulau Sipadan, Pulau Mataking, Pulau Mabul dan sebagainya.



Bertolak dari Jeti untuk ke Pulau Bohey Dulang



Perasaan semasa enjin boat berbunyi macam teruja sangat-sangat. Gila tak teruja nak pergi tempat yang cantik haha. Dari jeti pekan semporna memakan masa dalam 15 minit untuk sampai ke Pulau Bohey Dulang. Berkobar-kobar jak dirasa untuk bersemuka dengan pulau yang menjadi sebutan hangat untuk kali ini.

Masing-masing layan perasaan menikmati panorama yang indah



Setibanya di sana semua macam teruja tengok air laut yang kebiruan. Perkara yang perlu dilakukan setibanya di pulau-pulau di bawah Taman-taman Sabah kita wajib mendaftar dahulu, sekiranya nama anda tidak tersenarai dalam senarai ‘sorry you not allowed to join all activities there’. Kesian kan, tapi kalau pandai menyelit-nyelit ok je pun cuma jika ada apa-apa kemalangan yang berlaku atas diri anda, anda kena tanggung sendiri. 



Tiba di jeti Pulau Bohey Dulang

Laluan utama sebelum ke laluan mendaki


Lihatlah bertapa birunya air laut di sana, ikan-ikan pun jelas kelihatan macam nak nangis pun ada tengok lukisan alam begitu indah tak terkata, ‘im happy girl!! Excited at the same time!!!’. Semasa mendaftar tu, seorang kawan tidak dapat naik sebab tidak tersenarai dalam senarai kami untuk naik ke Pulau Bohey sebab dia ‘last minute’ ikut sebab ganti orang. Namapun tidak sempat tukar, kami semua pun rasa ‘down’ gila, yealah kita datang ramai-ramai untuk bergembira bersama tiba-tiba satu pula tidak dapat join. Dalam kesibukan orang mendaftar aku suruh member yang tidak tersenarai tu pura-pura ke tandas dan akhirnya menyelit untuk mendaki bersama. Rugilah pergi Pulau Bohey untuk pertama kali kalau tidak mendaki sebab pemandangan di atas puncak bukit tu lah kita boleh lihat keseluruhan pemandangan laut.

Pendakian bermula, aku yang pakai ‘jeans’ bawa beg jenis kain ‘jeans’ lagi macam surrender untuk naik. Sebenarnya kalau tahu mendaki kita tak perlu bawa barang  banyak dan kena pakai pakaian yang bersesuaian. Aku pula dah lah bawa beg berisi 100 plus dua botol, guna skinny jeans lagi macam mana oxygen nak sampai ke tubuh badan dengan sempurna apa lagi naik pitam aku macam nak muntah. Bukit ni ketinggian dia Cuma 600M, tidak tinggi mana pun tapi kalau kita bukan jenis orang yang bukan jenis lasak mungkin susah lah bagi kita untuk sampai.


Pendakian bermula

Ini di aras ketinggian 500M sudah. Kalau tengok pokok-pokok macam musim luruh, anda boleh menarik nafas lega sudah sebab anda hampir berada di atas kemuncak Pulau Bohey. Serius dalam perjalanan macam-macam gelagat orang yang kita dapat tengok, ada seorang lelaki tu diaras ketinggian 300M dia turun balik kata tak sanggunp nak daki lagi. ‘Im very proud to all of my member’ sebab semua berjaya sampai even ada yang bergaduh kata “Sapa suruh kau bawah aku ke sini kak?? Tinggi macam apa!!”. Akhirnya bila sampai semua gembira tidak terkata hahahaha. Aku merupakan orang yang kelima sampai di puncak tu sebab team kami bergerak awal pada masa tu, ‘everything clear’. Anda boleh ambil apa sahaja posisi kegemaran untuk ambil gambar sebab di fahamkan semakin lama kita berada di sini, semakin ramai orang akan sampai dan akan menyebabkan kesesakan. Faham-faham ja lah kalau ramai confirm susah nak tangkap gambar di sudut kegemaran hahaha.

 Kumpul tenaga dulu, baru sampai terus landing



Alhamdulillah, aku berjaya sampai for first time!!!!!. Sebelum beraksi kita rehat-rehat dulu. Sementara menunggu kawan yang lain sampai. Ingat senang nak naik, kena siapkan fizikal dan mental yang cukuplah. Tapi untuk trip seterusnya aku naik macam biasa sudah, untuk pengetahuan aku dah naik bukit ini TIGA kali sudah nanti cerita. Sebab tiap trip aku naik boat yang berlainan sebab ingin menkaji kos setiap satu perkhidmatan.
Add caption

Azlyn dengan senyuman kebahagiaannya (:

lima orang pertama sampai di atas bukit masa itu (bangga sikit padahal xda maknapun hihi)
gambar ni aku y tangkap (nak bagi tau aku pro jg tgkp gambar bhahahahaha)
posing selagi terdaya



cantikkan!!



tiap aras ketinggian ada papan tanda untuk kita tahu aras ketinggian yang kita sampai






Pengunjung pun semakin ramai, kamipun sudah puas menangkap gambar di atas puncak, kami beralih ke destinasi seterusnya iaitu di Pulau Sibuan. Dari Pulau Bohey ke Pulau Sibuan kita akan bertemu dengan beberapa pulau lagi, perjalanan memakan masa dalam 15 minit. Setibanya disana, kita akan di minta untuk mendaftar sekali lagi seperti di Pulau Bohey tadi. 



Inilah Pulau Sibuan

Di Pulau Sibuan ni sebenarnya salah satu pulau yang paling di gemari tapi sebab kami terlalu awal sampai dengan matahari yang sangat terik jadi semuapun hanya duduk berteduh buat muka blur kecuali lelaki seorang tulah. Beriya-iya try snorkel. Satu snorkel kalau sewa RM10. Panas gila time ni dia bersnorkel yang lain hanya duduk di boat 

tengok belakang boat ramai orang belajar scuba team kami krikk krikk haha..

Itu sahaja untuk kisah trip kali ini, next trip saya akan cerita ke Pulau Bohey, Pulau Sibuan (Pulau yang sama) dan Pulau Maiga pula. Rasanya trip dengan family lagi best kot sebab semua pelusuk kami jelajah hahahaha.. Kbye 


-sekian-



















Ulasan

Catatan Popular