Pulau Mabul & Mataking Trip :)





It's been a long time tidak update blog. Ceh macam lah ada orang kisah. Hahahaha, scroll punya scroll gambar dalam phone berlambak gambar trip Pulau Mabul dan Pulau Kapalai bulan lalu!. Hahahahaha busy punya pasal. Sewaktu pergi trip ni aku tengah rushing untuk keesokan hari sebab nak ke kursus VTO. Okey stop talking about VTO, nanti aku story tentang apa itu VTO. Sekarang fokus dengan "Pulau!!!!" Hihihi.

8.00am Kami bertolak dari jeti Semporna


Big smile!!. Tipulah kalau tidak teruja untuk sampai destinasi. Pulau pertama yang kami tujui ialah Pulau Kapalai, di Pulau Kapalai ini, pengunjung yang tidak menginap di resort tidak dibenarkan sama sekali untuk jejak kaki di resort tersebut. Sedihkan mmmm.. So, masa ni kami semua hanya berada dikawasan perairan pulau untuk menikmati keindahan terumbu karang disitu. 

Belakang tu resort di Pulau Kapalai 

Duduk jauh atas resort tu pun tidak mengapa, yang paling penting "gambar". Gambar atas tu salah seorang kawan yang sama teruja bila sampai di kawasan pulau ini. 

Pemandangan dari jarak jauh

Wajah excited sebelum dicampak ke laut

Apa yang sangat menyedihkan pada masa ini, salah satu kamera yang kami gunakan jatuh kedalam dasar laut. 

Nasib bukan gopro yang jatuh :)

Pulau kapalai ini bagi aku tidak begitu menyeronokkan. Sebab kawasan untuk kita terokai amat terhad. Nak berenang snorkeling pun ada had kawasan. Kalau nak lebih-lebih boleh tapi kena register untuk menginap di dalam resort dulu. Hahahaha kalau aku taklah kali, mahal sangat untuk menginap di resort ni. 

Hanya kawasan tepi resort di Pulai Kapalai




Lupakan Pulau Kapalai yang kurang menggembirakan, mari kita meneroka Pulau Mabul pula. 

Kawasan perkampungan Pulau Mabul 😍

Pada mulanya aku ingat Pulau Mabul ni sama seperti Pulau Mataking, Pulau Bohey dan Pulau Kapalai (Tiada penempatan orang kampung di tiga pulau ini). Di Pulau Mabul, terdapat kawasan penginapan dan terdapat kawasan perkampungan yang saaaaaaaangat cantik dan bersih. Sumpah! Kalau kamu masuk pulau ini confirm teruja bagaikan nak rak hahahaha. Tu pun kalau korang jenis pencinta pulau dan alam macam aku.

Ini baru kawasan depan mari lihat gambar aksi-aksi dalam kampung pula


Perkara yang paling menggembirakan apabila kita dapat merasai kebahagian apa lagi apabila kebahagian itu dapat di kongsi bersama sahabat handai dan insan tersayang. Di sini boleh kita boleh lakukan banyak aktiviti. Belajar untuk diving pun boleh. Jika Ada duit lebih boleh lah joint club scuba ni. Hebat bukan!! 

Disini kurang gambar underwater walaupun banyak kamera underwater yang kami bawa. Gopro pula baru beli kawan tak reti guna. Yang lain pula lowbat hahaha apalah nasib. Untuk pergi ke pulau ni saya syorkan anda yang berhajat untuk pergi tu, ambillah inisiatif untuk protect barangan gadget kamu. Macam kami ni yang ramai gegirl ramai menggunakan macam benda dekat bawah ni. Ntah apa nama sudah, sekurang-kurangnya bila handphone jatuh ke air, air tidak dapat masuk, tapi kalau jatuh tempat laut dalam hahahahaha selamat tinggal sayang. Alamatnya tenggelamlah tak timbul-timbul macam kamera kami yang terjatuh.


Murah saja benda ni depends dengan jenis kualiti. Yang colorful dalam berbelas sahaja harga dia tapi nipis. Yang jenis warna hitam mahal sikit dekat dalam RM50. Tapi ingat biasanya peniaga saja yang tamak sebenarnya jual dengan mahal harganya mmm.

Jom cuci mata lagi

Hidupan laut yang terdapat disana 

Comel ja gelagat kawan ku ni hahahaha 

Bagi mereka-mereka yang ibarat 24jam menghadap kerja, ambillah sedikit masa untuk membahagiakan jiwa anda. Keluarlah mencari ketenangan. 


Hooooyeeeeee mission accomplished

-sekian-


Ulasan

Catatan Popular