Essano Rosehip - "Honest Review"
Assalamualaikum dan "Hey" semuanya!!
Memandangkan hari ini tiada buat apa-apa, masa lagi banyak terluang jadi aku mahu buat honest review berkaitan satu produk yang sekarang kini ada dalam pasaran Malaysia seperti di Guardian. Buat review ini hanya untuk suka-suka dan sama sekali tidak berbayar. Produknya juga aku beli sendiri di sini sekitar kawasan Sydney, Australia. Owh yea lupa, kamu mungkin tertanya-tanya kenapa jauh betul aku beli produk ini sedangkan di Malaysia pun ada. Untuk makluman kamu, sekarang aku menetap di Sydney, Australia. Oleh kerana produk ini sudah ada di pasaran Malaysia jadi aku rasa terpanggil untuk beri respon tentang produk ini.
Sebelum ini, puas aku cari review berkenaan produk ini tapi tiada yang aku jumpa biar di youtube mahu pun di mana-mana blog.
Packaging
Okey, dari segi packaging produk ini sangat menarik dengan warna kewanitaan seperti yang korang boleh tengok dalam gambar. Yes of course! salah satu punca aku beli produk ini sebab packaging yang amat menarik dan disebabkan perkataan "Rosehip" tersebut. Banyak aku tengok review berkaitan penggunaan Rosehip ini memberikan komen yang positif kepada mereka so aku pun beli. Setiap produk di datangkan dengan kotak berwarna merah jambu tapi aku xda masukkan dalam blog ni.
Produk
Essano Rosehip ini bukan untuk penjagaan kulit muka sahaja, tetapi produk ini juga ada untuk penjagaan rambut dan mandian.
Harga : RM55.90 / AUD17
Cleanser
Untuk pencuci muka, pencuci muka ini tidak berbuih, bau seperti rose tapi tidak mengandungi bau yang kuat. Pencuci muka ini bagi aku biasa-biasa sahaja. Bukan sebab tidak berbuih, pernah juga cuba pencuci muka yang tidak berbuih tapi ia memberi kesan yang baik dan rasa muka sangat bersih dicuci dibandingkan dengan Rosehip cleanser ini selepas kita cuci menggunakan produk ini ada rasa muka tidak bersih tetapi bau dia amat menyenangkan. Dari segi harga boleh tengok dibawah gambar, harga tidak berbaloi lebih baik guna garnier ataupun cetaphil.
Harga : RM35.30 / AUD14
Exfoliator
Mungkin ada yang tertanya-tanya Exfoliator ni apa benda?? Dalam Bahasa Melayu Eksfoliasi atan exfoliation adalah tindakan pengelupasan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit luar. Ok, produk ini untuk membuang sel-sel kulit pada wajah kita. Selepas cuci muka guna exfoliator ini, ia memberikan kesan lembut pada kulit wajah selepas digunakan.
Harga : RM30.30 |
Mist Toner
Mist toner Essano Rosehip paling best bagi aku diantara semua sebab ia menyegarkan kulit dan berbau lembut. Ia mengandungi Kakadu Plum, green tea, rosehip oil dan antioksidan. Boleh tengok dalam gambar bahan yang terdapat dalam toner tersebut. Ini merupakan botol kedua aku sebab tiap kali rasa kurang segar pada wajah memang aku akan guna. Harga boleh laaa murah sikit.
Harga : RM69.90 |
RMoisturiser
Pelembab muka ini bagi aku biasa sahaja, sepanjang menggunakan moisturiser ini langsung tidak memberikan apa-apa kesan dari segi kulit wajah, membaiki kulit wajah lagilah tidak. Sama sekali tidak berbaloi untuk dimiliki.
RM46.90
Night Creme.
Krim malam bagi aku amat diperlukan. Tapi disebabkan penggunaan krim malam ini kulit muka ku jadi rosak, permukaan bawah kulit berbiji-biji halus yang banyak! sekitar pipi dan dahi, time ni sudah 3 bulan guna produk ni. 3 bulan buat uji kaji atas muka sendiri DAN produk ini sama sekali tidak berbaloi untuk dibeli.
Harga : Serum RM85.40 / Rosehip Oil RM53.90
Serum & Rosehip Oil Face
Serum, serum produk ini bagi aku biasa sahaja begitu juga dengan rosehip oil face.
Secara kesimpulannya produk dari New Zealand ini bagi aku biasa sahaja. Gah pada harga yang mahal tapi tidak berbaloi dimiliki dengen harga tersebut. Bagi aku produk ini sama sahaja dengan produk lokal Malaysia bahkan mungkin produk lokal Malaysia lebih baik untuk dimiliki dan digunakan. So, bagi yang rasa-rasa nak cuba tu belilah paket sample tu dan cuba dulu jangan sampai rasa xberbaloi tu ada dekat kamu pula huhuhu.
Tapi produk Essano Superfood berasaskan kunyit dll amat disarankan!
Ulasan
Catat Ulasan