Louis Vuitton Sarah Wallet (My first Louis Vuitton)
Assalamualaikum and 'Hey guys' !
Memandangkan dah dua hari saya duduk rumah tanpa buat apa-apa, jadi hari ini saya dapat idea nak share dengan kamu semua my first baby Louis Vuitton Sarah Wallet. Lol bagi sesetengah orang mungkin rasa benda ni tak share pun tidak apa pun, dan mungkin tiada siapa yang ingin tahu. Since tadi aku search review Sarah Wallet ni so aku pun rasa teruja nak share juga manalah tahu ada juga yang nak review dalam versi Bahasa Melayu. Nak buat review dekat youtube segan pula, tiada keyakinan gitu looorh haha.
Yang buat aku bertambah teruja nak share sebab this is my first time ever bought something from Louis Vuitton boutique bukan barang preloved dari orang ya. Sebenarnya aku ni jenis orang yang sangat jimat untuk membeli sesuatu yang mahal. Tapi bila sudah beli guna duit sendiri rasa dia lain macam. Rasa macam sesuatu yang memuaskan dapat memiliki sesuatu yang kita dambakan dengan hasil penat lelah kita. Tu yang dinamakan Self reward.
Harga di Australia
AUD 870 include GST, GST sebanyak 10% dikenakan. So, bolehlah simpan resit tersebut. Nanti balik ke negara tumpahnya darahku boleh claim hihi. Kalau tukar dalam duit RM mungkin dalam 2K gitulah.
Dompet ni bagi aku agak besarlah juga, tapi sesetengah orang memang suka dompet besar dan tebal. Lagi lucu ada yang suka dompet tebal dan besar sebab nampak macam banyak duit dalam dompet tu haha. Kebiasaannya untuk cek samaada barangan dari LV itu original atau tidak, dalam barangan tersebut ada code khas. Dalam dompet Sarah ni saya belum cek lagi tapi dalam youtube tadi ada yang kata dalam poket dompet tersebut terdapat code tersebut. Ni bagi rujukan untuk sesiapa yang nak beli barangan preloved lah takut kena tipu kan. Tapi kalau beli direct butik tok sah lah nak cek segala memang 100% confirm original.
Untuk pengetahuan anda, untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu & bagi yang sudah tahu tolong pegang mulut dan diam-diam haha. Ok, untuk pelanggan yang telah membeli barangan LV, untuk meletak tanda nama superti di bawah butang dompet tersebut terdapat huruf "A.A" adalah percuma. A.A singkatan untuk nama saya ArelenaAsia.
Bahagian sisi dompet nampak tebal |
Bahagian dalam dompet pula terdapat ruangan untuk letak kad, bahagian luar boleh letak 4 kad/slot dan pada bahagian dalam pula terdapat 12 slot. Bagi mereka yang sentiasa bawa cash dompet ini amat sesuai bagi mereka tetapi bagi mereka yang sentiasa menggunakan kad bagi saya dompet sebesar ni tidak relevan untuk digunakan sebab terlalu besar tapi lain orang lain cita rasakan huhu.
4 slot bahagian hadapan |
Slot bahagia dalam |
Masa aku beli ni seller tu mcm tak mau jak letak nama ku, dia terburu nak serve customer lain. Mungkin dari customer yang ramai dia serve boleh lah dia dapat komisen kot. Tapi ntah lah, next time kalau nak pergi beli lagi rasanya aku nak elak dengan perempuan tu. Menyampah. Boleh pula time tu dia kata "You can come next time to put your name on your wallet". Konon sebab ramai pelanggan masa tu. Aku sebenarnya tak puas hait lagi ni hahahaha tapi biarlah jadikan pengajaran as customer kita ada hak. Bab komisyen tadi tu aku just teka saja ya. Yea lah mana tahu ada pula pekerja LV baca ni, terguris pula hati dia haha. Owh yea thanks to guys who help me to put my A.A on wallet. Didn't remember his name but I still remember your face.
Hanya boleh letak dua huruf, boleh pilih size & warna huruf tersebut |
Pandangan atas, kemas. |
Jadi setakat itu sahajalah sharing saya dengan my first baby LV. Saya doakan kamu juga ada rezeki lebih dan insyaAllah mampu miliki apa yang kamu idamkan menggunakan hasıl titik peluh sendiri. Next time saya nak share my second baby LV, Palm mini bag pack!. It's very hard to find it! Doakan saya menggunakan akal fikiran yang waras dan tidak terlalu mengikut kehendak ya hahaha.
LOVE YOU GUYS <3
Ulasan
Catat Ulasan