Hari bersamamu


Kelmarin aku dengan bersahaja minta sahabatku menghadiahkan doa untuk Mohd Rozaidi bin Nasir iaitu orang yang pernah mewarnai hidupku. Baru sebentar sekitar pukul 5am/SYD bersamaan 3am/MY tadi aku bertemu dengan dia lagi.

Tiba-tiba dia muncul di hadapan rumah dengan memakai baju t-shirt berseluar jeans, rambutnya di potong kemas dan disikat rapi terpacak. Semua orang terkejut melihat kehadirannya, aku pula terlopong melihat kehadirannya yang selama ini sudah dianggap tiada lagi di dunia ini. Aku melihat dia, matanya bersinar memberikan pandangan dengan raut wajah yang sayu dengan ukiran senyuman dibibir. Aku meninggalkan rakan-rakanku yang berpandangan untuk pergi kehadapan menghampiri dirinya.

"Ini betul kau? bukan kau telah pergi meninggalkan kami" Alen
"Ya, ini aku. Ini bukan mimpi tapi kenyataan. Aku cuma ingin berjumpa dengan mu" Elan
"Kenapa kau tipu aku? jadi upacara pengebumian hari itu untuk siapa?" Asia
"Itu untuk saudaraku, aku sengaja menyorok dari kau". Elan
"Jadi kau dengan keluargamu sengaja membohongi aku lah kan?". Asia
"Tidak. Aku cuma belum bersedia berjumpa dengan mu dengan apa yang sudah aku lakukan". Elan

Asia terdiam membisu memerhatikan sekeliling dan berfikir sama ada ini realiti ataupun cuma bermimpi. Tiba-tiba turun seorang lelaki iaitu Mohd Zulkarnain(Cul) kawan kepada Mohd Rozaidi (Elan). Asia terus memanggilnya untuk kepastian.

"Cul!! kau tengok ini siapa???" Asia
"Haaaa! biar betul? Elan? Macam mana kau ada di sini??? Bukan kau... bukan kau sudah tiada?". Tanya Mohd Zulkarnain kepada Mohd Rozaidi.
"Yaaa ini aku, hari tu saudara ku yang meninggal bukan aku" Elan

Semua orang berpandangan. Muncul pula kelibat mak. Mak dari dulu suka dan sayang Elan. Apabila mak tahu kehadirannya dia terkejut dan bingkas bangun untuk melihatnya sendiri. Mak gembira kerana seingat aku mak masa tahu tentang pemergian Allahyarham dia yang paling sedih dan sanggup temani aku untuk pergi ke Kampung Paris untuk menghadiri upacara pengebumian itu. Aku masih keliru antara mimpi atau kenyataan.

Mohd Rozaidi perlahan menghampiri Asia(Alen), dia duduk di sebelahnya dengan menarik nafas panjang dan mula berkata-kata.

"Kau apa khabar?" Elan
"Baik" Jawab Asia ringkas
"Aku minta maaf, aku masih perlukan kau" Elan
"Untuk apa?" Asia

Asia masih bingung dengan kejadian ini. Dia cuba membezakan realiti dengan mimpi tapi seakan semua ini realiti. Masih segar di ingatan ketika Mohd Rozaidi menghubunginya beberapa tahun lalu beberapa hari sebelum dia pergi menghadap ilahi. Dia sempat meminta Asia untuk memaafkan dirinya ketika itu kerana terlalu lama meninggalkannya dan menyakitinya. Dalam masa yang sama dia juga sakit kerana buatan orang. Sempat juga dia menuduh Asia yang melakukan kejahatan itu tapi dinafikan sendiri oleh diriku. Kalau benar aku ingin dia mati, dari dulu saat dia sakiti dan tinggalkan aku aku cuba lakukan. Tapi mana mungkin aku lakukan benda terkutuk itu untuk orang yang aku harapkan kembali dalam hidupku. Saat itu aku masih ingat, aku memberikan dia alamat untuk lakukan perubatan islam sebagai ikhtiar untuk sakitnya dan merungkai siapa sebenarnya yang sanggup melakukan sihir keatasnya. Tapi bagi ku saat itu, itu semua balasan Tuhan keatas hambanya yang menyakiti orang lain.

Jujur saja, orang ini yang pernah setiap hari aku doakan surah Al-fatihah setiap kali teringat tentangnya, kerana aku pernah baca ringkasan ayat 'jika rindu seseorang baca Al-Fatihah' Setiap kali lalu kawasan rumahnya pasti aku cuba menghantar mesej untuk memberitahu dia dan memintanya untuk tidak balas mesej tersebut sebab aku tahu pasti aku akan menitiskan air mata. Mungkin ini cinta pertamaku.

Mohd Rozaidi muncul seakan cuba untuk kembali semula ke pangkuan Asia. Tapi aku masih bingung dengan kejadiaan ini. Inilah perkara yang aku paling nantikan sebelum ini tapi kenapa aku tidak gembira? Adakah aku masih terluka? atau mungkin sudah hilang deria.

Cukup lama aku berborak dengan dia tadi. Sempat aku katakan kepadanya aku sudah berubah. Seakan aku minta untuk dia berlalu pergi padahal hal ini memberikan aku sedikit kebahagiaan. Jam berbunyi aku bingkas bangun, ternyata ini mimpi. 

Aku cuba mengingati raut wajahnya, baju yang dia kenakan adalah baju yang sama ketika dia keluar bersama keluarganya di hari terakhirnya. Aku cuba ingat marna baju nya sebab tiap kali mimpi tentangnya, aku akan beritahu ibunya dan pasti ibunya bertanyakan warna baju yang dia kenakan.

Aku cuba menutup mata kembali untuk menyambung mimpi tapi ia tidak akan terjadi. Aku cuba mengingati hari ini hari apa dan bertarikh apa untuk memastikan adakah hari ini hari yang ada kaitan tentang dirinya. Ternyata tiada ia hanya hari biasa untuk mengingatinya. 

Sengaja aku menulis, kerana hal indah bertemumu akan sentiasa aku ingati. Kerana tidak semua orang dihadiahkan mimpi. Kenara mimpi juga tidak mudah untuk aku ingati.

Al-Fatihah (Dibaca untuk Mohd Rozaidi bin Nasir)

22 April 2020 (Hari jadi Nurhafizah Hakim)

Ulasan

Catatan Popular